Apr 17, 2019

Outsider

Assalamualaikum...

I was an outsider since form 1 and proudly until form 5. Yesss! 5 years without staying in the hostel. Lantaklah nak kata aku anak manja ke apa.

Cikgu Roshadah used to ask the class when I was in form 3,

"Siapa NR dalam kelas ni"

"Hah? Ape tu?" we questioned her back.

"NR - non resident. Yang duduk luar tak duduk asrama"

"Oh... outsider ke"

"Eh, nape pakai 'outsider'. Macam pendatang haram PATI je. Dekat universiti orang tak panggil outsider, dorang guna non resident"

Tapi akhirnya sampai aku habis sekolah pun tetap selesa guna outsider rather than NR.

Jadi outsider seriously banyak jugak cabaran berbanding duduk asrama (kalau korang golongan minoritylah). Macam sekolah aku (SMKA Dato Haji Abu Hassan Haji Sail), majority duduk hostel. Outsider batch aku dlm belas-belas je per total 132.

Situasi 1: Kelas Tambahan

Korang selalunya akan diperhatikan oleh cikgu sama ada datang atau ponteng kelas tambahan. Yelah, minority senang nak cam. Lagi-lagi kalau dlm kelas mmg selalunya aku dgn Aina duduk tempat yg dekat. Jadi, kalau kita org tak dtg, nampak sangat ada tempat-tempat kosong.

Situasi 2: Bentuk kumpulan presentation

Being left out. Nasib baik ada Oliver Sameon. Terubat pedih di hati. Budak asrama kan duduk sekali, makan sekali, pegi kelas sekali, tidur sama-sama dkt asrama, belajar sama-sama sampai tahap sehati sejiwalah, jadinya kalau kena form group selalunya kita orang kena sisih. Kalau pair takpelah sebab boleh pair dgn Aina (dia pun outsider).

Situasi 3: Kelas cancel last minute

Time form 5, aku rasa ada dalam 5-6 kali jugaklah kelas cancel last minute. Nak marah jugak sebenarnya tapi nak buat macam mana. Cikgu ada hal last minute, cikgu penat balik mesyuarat, cikgu ada meeting tergempar. Lumrahlah kan. Kena deal. Lagi-lagi jadi outsider.

Kadang-kadang tu dah datang sekolah, nak pegi dewan makan (DM-tempat selalu buat kelas yang gabung satu batch), terserempak dgn junior/batchmate cakap "class mlm ni cancel, cikgu ada hal" ataupun "kelas start lambat sikit (selalunya kelas mlm start pukul 8 tapi kadang kadang kalau cikgu ada hal, postpone class lepas isyak)"

Yang postpone tu aku boleh tahan lagilah sebab boleh call dulu cakap balik lambat sikit sebab confirmlah mula lambat habis pun lambat. Lepas first time aku kena kelas cancel tu, setiap kali ada kelas malam, aku cakap dkt ayah suruh tunggu dulu nak tanya dorang class on ke tak.

Situasi 4: Kena tegur kalau tak datang class

This part memang tak boleh tipu. Sebab kalau kau ponteng memang cikgu/uztaz mesti akan cam. Aku pernah sekali terlajak tidur time maghrib, bangun-bangun dah pukul 8 lebih sedangkan class start pukul 8pm. Cita dia mmg aku tak dtg teruslah. Time tu kelas arab. Esoknya, aku terserempak dgn uztaz dkt kantin. "Nadrah tak datang ye class semalam?"

"Ha ah uztaz. Mintak maaf. Semalam ada hal sikit" Hehehe, tertidur pun kira hal kan.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dilema jadi outsider pun ada. Selau jugak aku tanya Aina;

"Tak nak pegi class malam ni boleh tak? Penatlah."
"Malasnyaaaa, taknak stay class petang ni boleh?"

________________________________________________________________

Update 17 April 2019


Ya Allah sorrylah baru tengok balik entries zaman purba kala. Hahahaha gelak balik rasanya baca draft dulu. Anyway still gonna up this post. ;)

No comments:

Post a Comment