Feb 9, 2014

Meaning of a Dream and Sign

Assalamualaikum ;)


Obviously, this is not me. It's Amanda Seyfried.
Last week aku mimpi pasal pergi kenduri kahwin Balqish. Balqish tu kawan aku dari form 1 sampailah sekarang. Sekarang ni, dia dah pindah KISAS. Dalam mimpi tu, aku tengah tunggu dia siap-siap make-up and etc. Nak tunggu bersiapkan lama? So, aku tunggu dekat sofa panjang dekat ruang tamu. Masalahnya, pengantin lelaki tu selamba je tak siap apa-apa. Dia bersila dekat depan sofa yang aku tgh duduk tu. Sampai situ je sebab kena kejut pergi sekolah. -__-

Persoalannya, apa yang mimpi tu nak sampaikan? Atau mimpi tu cuma mimpi biasa-biasa je? Nak dijadikan cerita, kebetulan Hanis pun mimpikan Balqish. Dia kata dia mimpi Balqish tak jadi pindah KISAS. Keesokan harinya, aku cerita dekat Farah mimpi aku dgn Hanis. Yalah, Farah mmg suka baca pasal tafsir mimpi ni. Dia kata mimpi pergi kenduri ni benda tak elok. Mungkin Balqish tak boleh survive duduk dekat KISAS katanya. Tapi, ntah.

Balik sekolah, aku search pasal tafsir mimpi dgn keyword 'mimpi pergi kenduri kahwin'. Maka, keluarlah byk suggestion. Aku buka link dari tafsirmimpi.net. NI petikannya;

"Seseorang yang bermimpi menghadiri majlis perkahwinan mungkin memberi alamat dia akan menempuh suatu hari yang baik dalam masa terdekat, dengan syarat tidak ada seorang pun tetamu di dalam mimpi tersebut yang memakai pakaian berwarna hitam."

Dalam mimpi aku, memang takde yang pakai baju warna hitam. *relieved*

Second link dari tafsirmimpi.net jugak. Ni petikan;

"Adapun menurut tafsirannya, dikatakan bahawa seseorang yang dapat mimpi hadir ke satu majlis jamuan, tandanya amat baik sekali, yang mana kemungkinan besar itulah tandanya dia akan beroleh kehidupan yang bahagia."
 Aminnnn. Beberapa hari lepas tu, time class chemistry Cikgu Fawarni, tiba-tiba ibu jari kanan aku bergerak-gerak sendiri. Then aku search.

Jari ibu jari sebelah kanan bergerak: akan mendapat jodoh yang baik. 
Huhuhuhuhuhu, Gembira weyhhh. :) :) :) Tapi sebagai umat Islam, aku hanya berserah. Wallahualam...

Ok, byeeeee. Next entry pasal hias kelas pulak.




1 comment: