Feb 28, 2014

Farah is Moving

Farah nak pindah dah next week. Hari Rabu. Dia dapat second intake SMK Sains Sultan Iskandar, Mersing. I come to school today with swollen eyes. Semua sebab nangis. Ya Allah, tabahkanlah hatiku dengan dugaan-Mu ini. Farah please read this;

Aku tak tahu macam mana kau kat sana nanti. Well, new friends, new teachers, new surrounding, eveything new. Aku doakan kau berjaya di sana. Ya Allah, please bless our friendship.

#throwback

Malam KITA '13. From left: Nadrah, Afina (KISAS), Farah (ISKANDAR-to-be)

The most positive person I've ever known

Non-residence.

Feb 11, 2014

Jerawat Bernanah

 Tajuk post bajet serious je :p

Sebenarnya, jerawat bernanah ni lagi baik dari jerawat biasa yang merah-merah tu. Sebab? Jerawat yang korang tengok tu sebenarnya bernanah sebah sel darah putih tengah makan bakteria-bakteria jahat yang menyebabkan jerawat tu.

Nampak tak nanah tu?


So, korang janganlah gatal pulak pergi picit benda alah tu. Biar sel darah putih bertindah dulu. Bila sel darah putih dah sedut semua bakteria jahat, secara automatik jerawat tu akan pecah. Kalau dia dah pecah, pergi basuh muka dan sapu ubat anti-bakteria. Byeeeeee. Dah maghrib :)

Feb 9, 2014

Meaning of a Dream and Sign

Assalamualaikum ;)


Obviously, this is not me. It's Amanda Seyfried.
Last week aku mimpi pasal pergi kenduri kahwin Balqish. Balqish tu kawan aku dari form 1 sampailah sekarang. Sekarang ni, dia dah pindah KISAS. Dalam mimpi tu, aku tengah tunggu dia siap-siap make-up and etc. Nak tunggu bersiapkan lama? So, aku tunggu dekat sofa panjang dekat ruang tamu. Masalahnya, pengantin lelaki tu selamba je tak siap apa-apa. Dia bersila dekat depan sofa yang aku tgh duduk tu. Sampai situ je sebab kena kejut pergi sekolah. -__-

Persoalannya, apa yang mimpi tu nak sampaikan? Atau mimpi tu cuma mimpi biasa-biasa je? Nak dijadikan cerita, kebetulan Hanis pun mimpikan Balqish. Dia kata dia mimpi Balqish tak jadi pindah KISAS. Keesokan harinya, aku cerita dekat Farah mimpi aku dgn Hanis. Yalah, Farah mmg suka baca pasal tafsir mimpi ni. Dia kata mimpi pergi kenduri ni benda tak elok. Mungkin Balqish tak boleh survive duduk dekat KISAS katanya. Tapi, ntah.

Balik sekolah, aku search pasal tafsir mimpi dgn keyword 'mimpi pergi kenduri kahwin'. Maka, keluarlah byk suggestion. Aku buka link dari tafsirmimpi.net. NI petikannya;

"Seseorang yang bermimpi menghadiri majlis perkahwinan mungkin memberi alamat dia akan menempuh suatu hari yang baik dalam masa terdekat, dengan syarat tidak ada seorang pun tetamu di dalam mimpi tersebut yang memakai pakaian berwarna hitam."

Dalam mimpi aku, memang takde yang pakai baju warna hitam. *relieved*

Second link dari tafsirmimpi.net jugak. Ni petikan;

"Adapun menurut tafsirannya, dikatakan bahawa seseorang yang dapat mimpi hadir ke satu majlis jamuan, tandanya amat baik sekali, yang mana kemungkinan besar itulah tandanya dia akan beroleh kehidupan yang bahagia."
 Aminnnn. Beberapa hari lepas tu, time class chemistry Cikgu Fawarni, tiba-tiba ibu jari kanan aku bergerak-gerak sendiri. Then aku search.

Jari ibu jari sebelah kanan bergerak: akan mendapat jodoh yang baik. 
Huhuhuhuhuhu, Gembira weyhhh. :) :) :) Tapi sebagai umat Islam, aku hanya berserah. Wallahualam...

Ok, byeeeee. Next entry pasal hias kelas pulak.




Feb 4, 2014

Life as a Form 4 Student



This is how I am right now. Erghhhhhh, FORM 4 = STRESS. Ingatkan time form 3 je stress sebab nak PMR. Rupanya form 4 lagi stress. Comparison:

Form 3:
  • Fikir pasal PMR. Macam mana nak kejar 9A. Lagi stress sebab aku anak bongsu. So, satu-satunya harapan yang tinggal untuk mak and ayah.
  • Kelas malam and tuition every weekend. Senang cerita, setiap hari akan belajar. Kalau tak kat kelas, dekat kelas tambahan. Kalau bukan kat kelas tambahan, belajar dekat tuition.
  • Dah habis PMR, fikir nak mintak sekolah mana untuk form 4. 
  • Urus borang permohonan SBP dan MRSM.
Form 4:
  • Fikir permohonan diterima ke tak. *I think my heart was on the ground bila nak check result permohonan. Luruh jantung weyhhh
  • Pastu, kalau tak diterima, nak kena buat rayuan. *macam aku la ni
  • Otak serabut dengan subject-subject baru. eg: PSI (Pendidikan Syariah Islam), PQS (Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah), Biology, Chemistry, Physics, Add Math.
  • Kena biasakan diri belajar subjects Science (Biology, Chemistry and Physics) dalam bahasa Melayu. Yelah, selama ni kan belajar dalam English. Istilah kena tepat. Salah istilah maka tiada markah ye adik-adik!
  • Homework banyak gilosss padahal baru belajar 1-2 chapter. * dulu tak mcm ni okay?
  • *and the list goes on. Banyak sgt rasa malas nak type
Aku mohon SBPI Gombak dgn MRSM Tun Ghafar Baba (MRSM Jasin) atau MRSM TGB. Tapi dua-dua tak dpt. Can you imagine how broken my heart is? By then, aku mengadu dekat Afina dalam Facebook. Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan hambaMu ini seorang sahabat yang prihatin. Pukul 1:14am, dia call aku. Dengan suara yang tersedu-sedan tu lah aku mengadu kat dia yang aku tak dpt TGB. Time aku tak dapat SBP tu biasa je. Sebab sebenarnya tak berharap sgt dpt situ. Tapi bila TGB tolak aku, aku pun tak dpt halang dari menangis. Sedih sgt sgt sgt sgt. Aku dah start simpan cita-cita masuk TGB dari sekolah rendah lagi.

Dalam 5 minit lepas tu, Afina hantar chat dekat FB suruh check Whatsapp. Malangnya, Whatsapp aku buat hal. Pagi esok tu baru aku dpt check. Rupanya, dia hantar aku quotes ni;


Gila terharu. Lagi sedih tahap nak-bunuh-diri bila aku tahu Afina nak pindah KISAS. :'( Dia classmate aku dari darjah 3 sampai tingkatan 3. Siapa tak sedih.

Last but not least, inilah gambar batch aku. I LOVE 98'S OF SMKA DHAHHS. We break the record, we are the havoc-est, we are the BEST.