Mar 30, 2014

Online Shopping

Here are some online shop that I truly recommended for you to buy stuff. I've buy from them. Any suggestion. just leave in the comment ;)

KPOP Merchandise:
Scarf and Shawl:
 Book and bookmark
Charm Bracelet:
Flower crown:

Sorry to leave this entry abruptly. Promise, I'm gonna continue soon.






Mar 29, 2014

First Try on Novel



Bab 1

“A
yah tak kira, kalau dalam masa seminggu Fa tak bawak calon menantu untuk ayah...” saja Dato’ Idris menggantungkan ayatnya untuk menakutkan Zulfa. “Siap sedialah ya Fa…” sambung ayahnya lagi. Zulfa mula menunjukkan riak risau. . ‘Mati aku!’ dua perkataan itu terluah dalam hati kecil Zulfa. “Riff tak setuju, mana boleh ayah tentukan jodoh Zulfa.” bantah abang kedua Zulfa, Zariff Fayyadh.
“Eh, Riff! Zulfa yang  disuruh bawa calon, kamu pula yang gelabah” nampaknya Datin Rafidah juga menyokong suaminya “Mestilah Riff gelabah! Kan Riff dah janji kalau Fa kahwin, Riff akan kahwin lepas tu” balas Zariff.
Thanks ingatkan ibu! Tak sangka Riff ingat lagi. Ibu ingatkan Riff main-main aje time tu. So, ibu pun tak ambil serius sangat. Tapi memandangkan kamu dah ambil serius perkara ni, ibu rasa bagus juga tu” Zariff sudah menepuk dahinya sendiri berkali-kali tanda menyesal mengutarakan hal itu. ‘Bodohnya kau Zariff. Confirm malam ni tidur kau tak lena sebab ibu akan tanya macam-macam’ marah Zariff kepada dirinya sendiri. 
“Bengong! Habis, Fa ni ko punye mangsa la ye?!” walaupun Zulfa lagi muda daripada Zariff, sikit pun tidak mempengaruhi penggunaan ‘bahasa manja’ dalam adik-beradiknya.
“Ala…sesekali aje” Zariff menjawab sambil tersengih menampakkan gigi putih bersih yang teratur.
“Hmm… Apa-apa ajelah” hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Zulfa kerana dia lebih memikirkan tentang rancangan ayahnya daripada apa yang dikatakan oleh abangnya. Mendengar Zulfa dan Encik Idris senyap, semua meneruskan sesi makan malam itu. Dalam suasana senyap yang hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga di pinggan, tiba-tiba idea datang ke mindanya. ‘Haaa…tarik je la mana-mana lelaki untuk berlakon. Lepas dah jumpa dengan ayah, aku cakap je la aku dah putus sebab ada salah faham. Kan senang!’ fikir Zulfa. ‘Maafkan Zulfa, ayah’.
“Nanti-nantilah bincang pasal kahwin. Kan kita tengah buat family gathering ni” Datin Rafidah memecah sunyi. “Tak ape, Fa akan bawak calon menantu untuk ayah esok jugak!”. Semua yang berada di situ ternganga mendengar kesanggupan Zulfa.
“Fa serius ke ni? Abang tak percaya. Jangan-jangan Fa saje je cakap macam ni. Pastu esok cakap itulah, inilah. Tak pun Fa bawak orang gila tepi jalan. Macam-macam lagi kemungkinan tapi malas abang nak listkan. Abang dah kenal sangat dengan Fa ni.” kata Zihni Hadiff disambut tawa semua orang di situ. Bukan apa dia berkata begitu, tapi timbul rasa curiga pada adiknya yang seorang ni. ‘Macam mane pulak abang aku yang seorang ni tahu rancangan aku! Macam boleh baca je apa yang ada kat kepala otak aku.’
“Tak la! Suka hati je tuduh Fa!”
“Hmm..we’ll see later.”
**********
“Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Tut…tut…tuttt…” hanya itu yang kedengaran di corong telefon. Sudah lebih dari tiga kali dia cuba menghubungi Aqil. “Hishhh… mana Aqil ni! Tolonglah angkat, kalau tak mampus aku!” ujar Zulfa sendirian di dalam biliknya yang luas dihiasi dengan perabot yang berkonsepkan moden. Aqil ialah officemate Zulfa. Dia cuba mendail nombor Aqil sekali lagi. “Tut…tut…Hello, Zulfa. Ko mimpi apa telefon aku ni?” akhirnya ada yang menjawab panggilan.
“Assalamualaikum” perli Zulfa.
“Waalaikumussalam. Perli nampak. Ada apa ni?” tanya Aqil lagi sekali.
“Kau kena tolong aku. Emergency case!”
“Why? Someone disturb you?” dia bertanya begitu kerana di pejabat, Zulfa selalu diganggu oleh pekerja di pejabat.
“No! But...”
“Tapi ape?” desak Aqil. Zulfa menceritakan semuanya dari A sampai Z.
“Tu la kau! Dulu aku nak kenalkan kau kat kawan aku, ko tak nak. Sekarang padan muka”. Dulu memang Aqil nak perkenalkan Zulfa dengan seorang temannya semasa di kolej. Tapi, Zulfa berkeras tak mahu.
“Di sebabkan kau, aku setuju untuk ikut rancangan kau kali ni”
**********
“Wisy, masuk bilik papa sekejap” arah Dato’ Hamidi melalui interkom yang berada di biliknya sebagai CEO syarikat. “Okey, papa”. Darwisy pelik dengan papanya. ‘Selalunya papa panggil bila ada kene mengena dengan syarikat je. Tapi bukan ke projek tu syarikat dah dapat. Ada ape lagi ni. Whatever! Baik aku pergi je. Karang tak pasal-pasal kene marah free’
Pintu bilik diketuk. “Masuk” Dato’ Hamidi memberi kebenaran.
“Papa, ade ape panggil Wisy ni? Wisy ade buat salah ke?” risau benar Darwisy.
“Tak. Wisy tak ada buat ape-ape yang salah. Cuma..”
“Cuma apa pa?”
“Papa nak cakap pasal peribadi sikit. Kamu dah ade calon isteri?”
“Nope? Why?”
“Kalau macam tu… papa nak Wisy fikir-fikir sikit pasal ni” kata Dato’ Hamidi sambil membuat gaya kedua-dua jari telunjuknya bersatu. “Ingat, umur Wisy bukannya makin muda.”
“Hmm… tak pe la papa..Wisy tak nak fikir pasal ni.” balas Darwisy. Dia sudah serik berteman dengan insan bernama wanita. Semuanya disebabkan kisah silam. Dulu, Darwisy pernah mempunyai girlfriend. Namanya Balqish atau lebih dikenali sebagai Qish. Darwisy sendiri yang memutuskan hubungannya dengan Balqish kerana Balqish telah curang padanya. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri! Matanya tak mungkin menipu.
“Tapi papa dah bincang dengan kawan papa. Papa dah setuju nak kahwinkan Wisy dengan anak kawan papa tu.”
“But…” belum sempat Darwisy memberi alasan, papanya lebih pantas mencelah.
“Kalau Wisy kahwin dengan pilihan papa..this company will be yours” Dato’ Hamidi memancing Darwisy. Sebenarnya Dato’ Hamidi memang sudah berniat untuk memberi syarikat ini kepada Darwisy jika Darwisy berkahwin.
Darwisy mula berfikir. ‘Inilah benda yang aku tunggu. Syarikat jadi milik aku. Tapi takkan lah aku kena korbankan hidup aku. Kahwin biarlah dengan orang yang kita sayang.’ Fikiran Darwisy bercelaru. Kini, dia hanya memikirkan syarikat bakal menjadi miliknya! Tanpa memikirkan baik buruk keputusannya, dia terus menjawab soalan papanya.
“Okay. Wisy agree hundred percent!” selasai menjawab soalan papanya, Darwisy terus berlalu keluar dari bilik yang berair-cond itu menuju ke biliknya sendiri sebagai pengarah teknikal. Sebaik saja duduk di atas sofa empuk yang terletak betul-betul di penjuru biliknya,  Darwisy segera mendail nombor Aqil, kawan baiknya sejak di kolej lagi.
**********
Aqil sedang memandu menuju ke Cherry Café. Dari situ, dia akan dijemput oleh Zulfa untuk bertemu dengan keluarga Zulfa seperti yang dijanjikan.
Telefon Aqil berdering minta diangkat. Aqil melihat nama yang tertera..Darwisy!
“Helo, Aqil! Kau kene tolong aku.” cemas benar suara Darwisy.
“Cuba kau relax sikit. Haa…sekarang cuba kau cakap.”
“Aku nak jumpa kau sekarang jugak kat tempat biasa”
“Okay!!” Aqil terus mematikan talian dan menelefon Zulfa.
**********
“Assalamualaikum..” semua memandang Zulfa yang tidak bermaya itu.
“Waalaikumussalam. La…mane orangnya” soal Datin Rafidah yang nampaknya terlalu berharap dengan calon menantu yang dijanjikan Zulfa.
“Sorry, ibu. Dia tak dapat datang. Ada hal”
“Haaa..ka n betul apa yang Diff kate. Mesti ade aje alasan dia!” Zihni Hadiff mula bersuara.
“Dah dia ada hal, nak buat macam mana lagi?”
“Nampaknya Fa kena kahwin dengan pilihan ayah. Ayah dah confirmkan tarikh dengan keluarga pihak lelaki lagi dua minggu.” Mendengar ayahnya berkata begitu, Zulfa terus naik ke atas tanpa menghiraukan orang lain. Dia sebal dengan Aqil yang tiba-tiba membatalkan rancangan yang telah disusun atur.
**********
“Zulfa, aku tak pergi dengan ko la. Tak pe la ek? Ade emergency case. Bye” terus Aqil meletakkan gagang telefon.  Aqil berbuat begitu kerana dia risau kalau dia tidak meletakkan telefon dulu, pasti dia akan dimarahi. Pada hari dia ingin bertemu dengan Dato’ Idris, dia menerima panggilan daripada kawan kolej yang hendak diperkenalkan kepada Zulfa suatu masa dulu. Kebetulan, kawannya ingin bertemu dengannya pada hari yang sama dengan hari yang Zulfa tentukan untuk berjumpa Dato’ Idris. Tapi, Aqil lebih memilih untuk berjumpa kawan lamanya.
**********
Zulfa bersiap-siap untuk ke Cherry Café. Walaupun dia tahu dia tidak akan berjumpa dengan Aqil di sana, dia akan pergi juga untuk melepaskan stress. Dia stress dengan apa yang terjadi kepadanya. Semuanya terlalu cepat berlaku.
Zulfa hanya memakai blaus labuh paras paha berwarna purple, seluar jeans hitam dan tudung hitam. Dia gemar memakai shawl hitam dililit gaya loose. Katanya senang nak match warna. Datin Rafidah sudah berkali-kali menyuruhnya supaya memakai shawl yang lain. Namun, dia tetap memilh shawl hitam. Penat je beli banyak-banyak.
**********
Dari jauh, Aqil sudah nampak Darwisy. ‘Hmm…Darwisy pilih tempat paling hujung. Tempat tu tertutup sikit. Mesti dia ada masalah.’
“Hai! Lama tak jumpe kau.” Lama juga mereka bersembang.
Tiba-tiba Aqil ternampak Zulfa betul-betul di sebelah kanan meja dia berada! Baru saja Aqil mahu membetulkan kerusi supaya pusing ke kiri sikit, Darwisy bersuara.
“Aqil, kau ni kenapa? Macam jumpa hantu.” Aqil menyuruhnya diam.
“Shh…” terlambat semuanya.
Zulfa yang duduk berhampiran terdengar nama Aqil disebut terus memalingkan wajah ke arah suara itu. ‘Ya, itu memang Aqil. Tak silap lagi. Tapi dia dengan siapa? Ini ke emergency case dia? Aku punya case lagi teruk la! Antara hidup dan mati tau! Tak kisah la, yang pasti aku kena tanya dia sekarang jugak.’
Zulfa mula melangkah ke meja sebelah kirinya. “Hai, Aqil.” tegur Zulfa.
Aqil mula memandang Zulfa. “Hai, Zulfa”
“Ooo..ini ke emergency case kau? Sebab nak jumpa kawan kau! Di sebabkan kawan kau ni, aku dipaksa kahwin!” balas Zulfa kasar sambil menuding jari runcingnya tepat ke muka Darwisy.
Darwisy yang hanya melihat perbalahan mereka berdua terus memandang Zulfa yang menuding jari ke dirinya. ‘Mak ai! Muka cantik gile. Kalau dapat kahwin dengan dia mesti best. Dia kate dia dipaksa kahwin. Macam akulah. Kalau dipaksa kahwin dengan dia, tak pe. Aku rela. Ishh…ape yang aku mencarut ni’
“Sabar Fa. Duduk dulu biar aku terangkan satu persatu.” Aqil cuba untuk menerangkan.
“Tak pe jangan buang air liur kau untuk terangkan. Aku dah dapat terima kenyataan.” Zulfa terus berlalu dengan air mata yang sudah mencecah pipi mulusnya.

Huaaaaa. It was Balqish's idea at first. Kekekeke. BTW, thank you Balqish for the idea. Oh yaaa, can you please leave a comment for me? To enhance myself. Im still learning though =.=


Thank you for reading
Bye and assalamualaikum

Twinnie

Having twin friends are awesome. I just met one and hoping for more. It was in my primary school. Long long long way back then. Sekarang dah high school. Bajet nak vogue-the-vass je kau, Nadrah! Secondary school sudah. Anyway, rindu Hazirah and Hazimah.

Left: Hazimah. Right: Hazirah.

Remembering the first time I met both of you making bizarre face. Hehehehe. Dahlah datang dari Perak ke Negeri Sembilan as orang luar. Pastu buat muka pelik. Memang mintak penampor namanyeeee. *selfslap*

Without realizing, Ive come closer and closer to them. Having twin is much awesome what? At least ada org nak gaduh-gaduh manja. Bukan mcm aku, anak bongsu. Nak gaduh pun kakak-abang dah gedabok. Nak gaduh pun takde nafsu. Hahahaha. Oh! Of course except my abang. Though dia 7-years-gap dengan aku, perangai dia *mengucap* aku rasa aku lagi mature. Hahahaha. Tapi these few months semenjak ada gf ni dia dah kurang cari pasal dgn aku.

 Naik sekolah menengah, dia orang pindah Sabah. But still, we are in contact through Facebook and WeChat. Hazirah only. Hazimah and I are not that close since we are separated by different class back then. Pfft, teacher should put us in the same class.

Im writing this entry when I read a post on Facebook from a famous-amos writer named, Nur Ezzah Maisarah Mokhtar aka Ezza Mysara. Her twin's name is Nur Ezzah Maisurah Mokhtar.

Kak Sara was the one in mustard blouse and her twin in light pink with red flower brooch

I met kak Sara at KLIBF last year, if Im not mistaken. Dia sangat comel, cantik to the infinity and beyond. Hamboi kau, Nadrah! Hiperbola sungguh. Knowing that she wrote a cerpen (short story) at the age of 16, Im fully inspired to write one too! And guess what? I managed to do so. Thanks a lot to her. Just if she read this, Im gonna kill myself for putting me in a sea of shame. Hehehe.



Thank you for reading!
Bye and assalamualaikum

Mar 28, 2014

DIY: Hand Sanitizer Holder

Assalamualaikum wbt.

Semalam pergi Giant Senawang and I went to Guardian. Yes, as usual, sebenarnya takde benda pun nak beli tapi suka tgk menatang Hello Kitty punya brg dekat Guardian. Dari face mask, hand soap, body wash, wet tissue, hand sanitizer pun ada. Dipendekkan cerita, aku beli 2 hand sanitizer sbb benda tu comelsss sangat. Each costs RM5.99.

Gambar ihsan pakcik Google

Yang aku beli tu cover dia lain sbb under product Guardian

Okay, back to the story. Since I want to hang the sanitizer at my backpack and handbag I decided to change the cover. Yelah, gila kau nak tunjuk kat orang aku pakai brg cartoon. Harap maklum, saya tak layan segala jenis cerita cartoon kecuali Barbie. Huahuahua :D

Picca from my insta: @nadrahraihah
It's very easy-peasy-chocolate-abc. Aulia (niece) yg baru lahir tu pun pandai buat. I just use Japanese Fabric Sticker dari MR DIY sahaja. And the result, taraaaaaaaaaaa!



Though this is soooooooo simple. Im luvin' it!


The last picca was on my fav tote bag which I bring to school everyday. Yeayyyyyy, happy Nadrah is happy. #brokenenglish . Ada aku kesah? Till then, thanks a lot for reading.

Mar 21, 2014

❤️ : Meaning of Fidelity

 From lulzlism: Fairly.


" 10 years ? That's hell long . "

" We'll try "

" What if I was not able to hold on ? "

" Be strong "

" Is it possible ? "

" We'll see. Fate fares us better "

" I'm afraid if I fall "

" I will be there to catch you "

" How can I go on with this ? "

" We'll get through it together "

" This will be a long journey for us "

" We have forever "


Aww. This is sooooooo sweet. Pls let me hv this kind of man. Diabetes kejap bila baca benda ni.